nuffnang

Sunday 19 June 2011

Pantai cahaya bulan[PCB]

Pantai Cahaya Bulan
                    
             Pantai Cahaya Bulan merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Bandar kota bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakanPantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar british ketika dia di pantai ini pada masa Perang dunia kedua. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Ayuni Ibrahim(2008).
              Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok rhu dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Lewat ini kunjungan pelancong yang berkunjung ke PCB semakin berkurangan kerana keadaan pantai yang dahulunya lebar dan sesuai untuk aktiviti pantai kini telah mengalami proses hakisan.Keadaan ini telah menjadi satu isu dimana ianya memberi satu isu besar dalam pelancongan di negeri Kelantan.
sebelum berlaku hakisan
selepas berlaku hakisan

                Isu hakisan ini berlaku sememangnya secara semula jadi kerana kedudukan PCB sememangnya tededah dengan Laut China Selatan dan angin monsoon timur laut yang kuat pada bulan april hingga disember.Namun apa yang mengakibatkan aktifnya proses hakisan ini juga adalah apabila adanya pembinaan break water di Pengkalan Datu dan hal ini telah mengakibatkan pecahan ombak ke kawasan pantai PCB yang menghakis pantai disini.Kawasan Bachok adalah merupakan salah satu kawasan perikanan yang terbesar di negeri Kelantan,hal ini telah membawa kepada pembinaan break water supaya kawasan ini tidak mengalami banjir musiman yang teruk kerana kawasan ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.Namun mereka tidak sedar akan kesan hakisan yang berlaku di PCB yang mana kawasan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan pada masa dahulu.Pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan membina HDPE tetapi ianya tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya banjir musiman dan musnah dipukul ombak.Projek seterusnya BMS dilakukan selepas projek pertama tidak bejaya namun ianya juga turut musnah apabila tiba monsoon timur laut.Kini projek ketiga yang dilakukan iaitu mebina benteng daripada batu untuk menghalang daripada berlakunya hakisan yang lebih serius dan projek ini tampaknya lebih berkesan dan dapat mengurangkan hakisan pantai.
Keadaan fizikal
                 Keadaan PCB berlakunya hakisan yang sangat aktif dan ianya berlaku pada setiap masa dan kelebaran kawasan gigi air dengan tembok batu ialah (91kaki) dan kawasan paling minimum adalah (15kaki) manakala hamparan ombak ialah (7kali per minit).Kawasan ini telah mengalami hakisan sehingga mengakibatkan vegetasi menjadi kurang seperti pokok kelapa,pokok rhu dan tumbuhan-tumbuhan pantai yang musnah akibat proses hakisan yang berlaku sekian lama.
Infrastruktur
              Kemudahan yang disediakan di PCB untuk sektor pelancongan adalah seperti kemudahan resort dimana kini banyak telah musnah akibat proses hakisan yang berlaku dan kini jarak yang paling resort yang paling hampir dengan gigi air adalah (50kaki) dan ini menunjukkan potensi perlancongan di PCB amat kritikal.Kemudahan lain seperti tandas awam juga disediakan di kawasan pantai untuk pegunjung yang datang.Para pelancong juga boleh bermalam di chalet-chalet yang disediakan di kawasan ini.Kebanyakkan pelancong yang menginap di sini adalah daripada kalangan pelancong barat menurut sebuah buku yang bertajuk Gemilang Budaya(1996) yang membincangkan tentang kebudayaan,kesenian dan pelancongan Malaysia.Kemudahan lain seperti kedai makan disediakan yang mana menjual air kelapa muda serta makanan ringan untuk pengunjung yang datang menikmati keindahan pantai dikawasan ini.Kawasan parking kenderaan juga turut disediakan untuk memudahkan para pelancong ke PCB.

Aktiviti ekonomi
            Di pantai PCB ini juga terdapat aktiviti ekonomi lain yang menyumbang kepada tarikan pelancong ke kawasan ini apabila terdapatnya aktiviti pembuatan batik dan penjualan barangan kraftangan pada masa dahulunya dan kini tidak lagi terdapat aktivti ini disebabkan guna tanah yang kurang dikawasan ini dan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.Pengusaha chalet juga mengambil peluang menjalankan aktiviti penginapan dan kawasan ini juga dahulunya merupakan kawasan Homestay dan ini meyumbang kepada pendapatan penduduk dimana pelancong yang ingin melakukan pelacongan Homestay di kediaman mereka.
Jaringan pengangkutan
              Kemudahan jaringan pegangkutan awam disediakan untuk sesiapa yang ingin mengunjungi PCB,dengan ini akan memudahkan pergerakan pelancong untuk kekawasan  ini sebagaimana bagi sesetengah pusat pelancongan ianya tidak menyediakan mod pengangkuta awam seperti bas dan lain-lain pengangkutan yang mana menyukarkan pelancong untuk ke kawasan ini dan ini menjurus kepada darjah ketersampaian yang tinggi untuk kekawasan ini.Dengan adanya jaringan pengangkutan yang mencukupi akan membawa kepada tarikan pelancong ke sesebuah kawasan pelancongan.


Kedudukan
             Kedudukan sesebuah kawasan pelancongan adalah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada tarikan pelancongan hal ini adalah kerana sesebuah kawasan yang strategik berpotensi untuk menjadi sebuah kawasan tarikan pelancongan sebagaimana PCB adalah merupakan pantai yang berhampiran dengan pusat Bandar,

Apabila sesebuah lokasi ini berhampiran pusat Bandar ianya akan memudahkan pergerakan pelancong ke kawasan ini,dan menjurus kepada pertambahan bilangan pelancong dan pergerakan pelancong ke PCB.
Potensi
            PCB adalah merupakan kawasan pantai yang terkenal dari segi nama dan juga dari segi lokasi,ianya adalah merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terkenal pada masa dulu dan kini kerana keindahan pantainya yang memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke kawasan ini malah ramai pelancong yang akan berkunjung semula untuk menikmati keindahan pantai yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong dari mula kawasan ini dibuka Ayuni Ibrahim(2008).Malah kedudukan PCB amat sesuai dari segi kesesuaian untuk pelancongan dan ianya juga berdekatan dengan pusat Bandar.Bagi masa akan datang potensi PCB untuk menjadi kawasan tarikan pelancongan adalah tidak dapat dijangkakan berikutan isu hakisan yang sentiasa berlaku.Pihak kerajaan perlulah membuat pemantauan dan mencari langkah yang lebih efisien dalam menanggani isu hakisan yang semakin giat berlaku supaya keadaan pantai ini dapat dijadikan kawasan tarikan pelancongan.
Cabaran
             Melihat dalam kontek cabaran bagi PCB ianya merupakan kawasan yang memerlukan kos yang tinggi untuk memulihkan kawasan ini daripada isu hakisan kerana proses hakisan ini berlaku dengan aktif yang mana telah memusnahkan banyak kawasan pantai.Tindakan yang lambat telah mengakibatkan banyak kawasan gunatanah telah musnah dihakis ombak.Dari segi kewangan juga ianya merupakan satu cabaran kerana konflik diantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang mana menyebabkan tindakan pengawasan lambat diambil sehinggakan kemusnahan pantai yang serius berlaku.Isu pencemaran pantai juga merupakan salah satu cabaran dalam kontek aktiviti pelancongan kerana apa yang terjadi di PCB ialah banyak sampah sarap yang dibuang ke dalam laut seperti botol,plastik serta bahan-bahan lain yang boleh menjadi punca terjejasnya keindahan pantai.Para pelancong tidak mempunyai kesedaran sivik untuk sama-sama menjaga keindahan pantai ini supaya ianya sentiasa berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan di negeri Kelantan walaupun terdapatnya tong-tong sampah yang disediakan.Dari segi keselamatan di PCB ianya merupakan kawasan yang tidak lagi selamat untuk aktiviti mandi manda kerana keadaan pantai yang semakin curam dan pukulan ombak yang kuat dan tidak menentu keadaan ini berbahaya kepada pelancong.Walaupun adanya pengawal keselamatan namun ianya masih kurang dan keadaan ini tidak selamat kepada pelancong yang ramai.Cabaran dari segi gunatanah yang kurang juga menjadi isu untuk membangunkan kawasan ini kerana banyak kawasan telah mengalami isu hakisan dan banyak resort-resort terpaksa di pindahkan sehinggakan kawasan petempatan penduduk juga terpaksa dipindahkan unutk membina sesebuah infrastruktur di kawasan ini.Cabaran ini menjadi isu dalam menjadikan PCB sebagai pusat perlancongan yang dapat bertahan pada masa akan datang namun jika adanya kesatuan dari semua pihak cabaran –cabaran ini dapat diatasi dan akan menjadikan PCB sebagai pusat pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah destinasi pelancongan.

bereh boh.....cerita budak geografi UM
hasil nukilan abg deryck..tak da tiru sapa-sapa okeh.
salam abg deryck------>\m/



No comments: