nuffnang

Monday, 8 August 2011

Aku,Kereta Cabuk dan Anjing Kurap part 2



cuaca tengah hari itu sangat panas dengan tiada angin bertiup serta permulaan puasa yang sangat mencabar aku pon menerangkan perkara yang sebenar kepada mak aku tentang anjing kurap tersebut..walaupun aku paham apa orang kampung akan cakap dibelakang hari nanti kepada mak aku... namun mak aku tetap memahami isi hati aku kerana niat untuk menjaga anjing kurap ini hanyalah semata-mata kerana aku masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan..

okey setelah mak aku membenarkan aku menjaga "Si Blacky anjing kurap" nie aku dengan happynya terus pergi ke kedai untuk mencari makanan buat anjing anjing kurap ni..aku tahu binatang ni tentu lapar gila babi..aku nak suwuh dia puasa pon gerenty dia tak mau ye dak..hehe.aku letak anjing kurap nie belakang rumah dekat dalam almari dan aku pesan suwuh dia duduk diam-diam dan jangan bising.. "Blacky" nie pon duduk jela diam-diam tanpa mengeluarkan sepatah dua kata..sampainya aku di kedai aku stuck sekejap..adehh binatang nie makan apa..lupa aku nak tanya dia!!!lastly aku pikir maybe binatang nie lebih kurang kucing je kowt..so aku pon beli ikan kembung..

aku :  pak cik bagi ikan kembung 3 engget..
tokey kedai: okey..aiii awal betul beli ikan.??tak puasa ehh..
aku :    aik mana ada..saya nak bagi anjing makan lah pak cik..
tokey kedai: hang pi cari mana anjing..tak penah-penah orang bela anjing dalam kampung lagi nie..
aku :ala pak cik nanti pak cik jugak untung saya beli ikan hari-hari kat kedai pak cik..binatang pon ada nyawa jugak pak cik kesian tengok dia duduk tepi jalan sorang-sorang..
tokey kedai :(Diam sambil geleng kepala..)

Setibanya aku dirumah terus aku gerak kebelakang umah sambil jerit "Blacky,,,blacky...!!
anjing tuh terus keluar dari dalam almari..aku pon mengeluarkan seekor ikan,,nyum2..nyum2..dengan lahabnya anjing kurap nie makan..kesian aku tengok lapar bebenor binatang nie..ni mesty kes tak makan banyak hari..seekor demi seekor aku bagi "Blacky" makan..6 ekor jugak lah dia sental..!!pas tuh letak air dalam bekas bagi dia minum..gembira aku tengok anak anjing aku nie makan..setelah kenyang ekor dia gedik-gedik tu maknanya dia nak main-main lah tuh..mampos aku kalau binatang nie datang dekat nanti kena samak..aku letak balek binatang nie dalam almari dan aku ke kedai binatang sebab nak beli tali leher nanty senang cikit aku nak jaga anak anjing nie..dia pon tak lah gatal nak datang dekat-dekat aku..hehe..


macam nie lah ropenye..

balek saja dekat umah aku letak tali nie dekat leher "Blacky"..mula tuh memang binatang nie x biasa tapi dah lama-lama okey je aku tengok..time senja nak melabuhkan tirai aku letak "Blacky" dekat belakang rumah..aku pesan suwuh diam-diam..malam tuh aku bawak lah nasik lebih-lebih bukak puasa kasi dia makan..time puasa nasik tak masak..terpaksalah "Blacky"aku pon puasa jugak time malam baru bleyh makan..makanan kucing aku bagi pon dia sental gak kadang-kadang tuh..hehe..makin hari aku tengok "Blacky" semakin sihat dan semakin kenal aku..anjing akan menjaga tuannya!!betul cakap mak aku..petang-petang aku bawak "Blacky" round kampung..budak-budak apa lagi seronok lah tengok anjing kecil nie..aku bagi mandi anjing kurap nie..nampak gebu lah ckit bulu-bulu tuh..hehe

setelah 4 hari "Blacky"bersama aku..pada petang tuh jiran-jiran aku mula ada yang berdengki dan cakap kat mak aku suwuh aku lepas anjing nie..diorang cakap nanti kalau besar bising lah apa lah..aku time tuh jadi serba salah sebab aku dah syok-syok jaga "Blacky" nie last-last orang suwuh lepas..aku kalau orang cakap suwuh lepas lantak lah tapi mak aku yang suwuh..malam tuh aku tak tidur dan memikirkan adakah aku perlu melepaskan "Blacky"untuk hidup berdikari ataupun tidak..memandangkan mak aku yang beri nasihat jadi aku pon mengambil keputusan untuk melepaskan "Blacky".lagipun nanti kalau dah masuk sem baru sapa nak jaga anjing nie..

keesokan paginya tepat jam 10pagi aku bagi "Blacky"makan..kenyang-kenyang aku bagi dia makan sampai dia pon dah tak mau makan..aku cakap "aku nak lepas hang dah nie jaga diri baik-baik nanti".dengan perasaan sedih aku pon memasukkan "Blacky" kedalam guni dan membuka tali leher anjing nie..start saja enjin kereta cabuk aku "Blacky"pun bunyi aukk..aukk...aukk!!seolah-olah dia sudah tahu yang aku ingin melepaskan dia..aku mengambil keputusan untuk melepaskan "Blacky" ditempat asal dimana tempat aku menemuinya..setibanya di kawasan tersebut aku turun dari kereta dan membawa anjing kesayangan aku keluar dan aku letak di tepi tong sampah..mungkin dekat situ boleh jugak dia makan nanti."Blacky"masih lagi diam dan tidak bergerak...setelah aku masuk kedalam kereta dan mula bergerak..aku jerit"Blacky"...anjing nie kejar belakang kereta aku..time nie aku tidak lagi mampu untuk memandang pada cermin belakang..aukk..aukk..aukk..kedengaran "Blacky"menyalak..setelah beberapa saat aku cuba untuk memandang buat kali terakhir tiba-tiba sebuah lori telah mengekori dibelakang kereta aku dan terus melanggar "Blacky"aku lihat anjing kesayangan aku telah hancur dilanggar oleh lori tersebut..dengan air mata yang berlinang dan hati yang kecewa sukar untuk digambarkan..aku memberhentikan kereta dibahu jalan dan berlari kearah daging-daging yang hancur tersebut..


tak mampu untuk menaip lagi.......so paham-paham lah wahai sahabat-sahabat.. ;(
aku sayang anak anjing aku "Blacky"..


Nota kecil:sesungguhnya walaupun hanya seekor binatang dia tetap mengenal tuannya.Lebih jahil manusia itu sendiri apabila tidak mengenal akan tuhanNya.
(man arofa nafsahu faqod arofa rabahu waman arofa rabbahu fasadal jasad)-->jika manusia itu mengenal akan dirinya maka ia akan mengenal akan tuhaNya jika ia mengenal akan tuhannya maka binasalah jasadnya.(sekadar renung-renungan di bulan ramadhan)

salam abg deryck-----> \m/

2 comments:

KoPi O LikaT said...

aduh.....kesian la pulak kt ank anjing tu...dia kecewa dgn hang kot sbb lepaskn dia..tu dia bunuh diri tu..heheh(lawak ja na)...erm..xpa xpa...kurang22 blacky masih hidup sebagai ingatan...

amy amiza said...

ohh..aku makin terharu...