nuffnang

Saturday 6 August 2011

Aku,Kereta Cabuk dan Anjing Kurap



assalamualaikum..hehe..
firstly aku nak ucap selamat berpuasa kepada reader-reader yang dirahmati allah sekalian insyallah!!mudah-mudahan puasa tahun ini lebih baik daripada puasa-puasa sebelumnya..amin

memang lama gile tak taip entry-entry nie maklumlah bz..lagi pon aku nak taip pon aku tak tawu nak merepek macam dulu-dulu..so kali nie aku nak story satu kisah benar yang mana cerita nie benar-benar belaka dan ada kena mengena diantara hidup dan yang sudah meninggal dunia..

manusia sememangnya perangai tidak akan sama diantara satu sama lain...
aku lebih suka berkawan dengan binatang dan juga pokok daripada berkawan dengan manusia...hahahaha
ha taw pon terkejut!!!!

i mean bukan aku x berkawan dengan geng-geng yang lain..dan kat sini juga korang jangan salah anggap cakap aku gaduh-gaduh dengan sape-sape plak..putus cinta tu cerita lama!!haha
berkawan dengan binatang dan pokok hidup dan jiwa aku lebih tenang dan tak kusut..
hidup manusia yang kusut nie sebab terlalu banyak fikir pasal orang lain atau lebih tepat (jaga tepi kain)
kejap mengumpat sana-sini..buat fitnah sana-sini..memang manusia tidak boleh lari daripada mengikut nafsu amarah masing-masing so kena lah control-control.tambah-tambah bulan ramadhan nie..

Disini aku nak bagi satu nasihat lebih baik korang sume jangan terlibat dengan semua-semua nie..
okeh berbalik kepada story aku tadi dimana aku kawan dengan binatang dan pokok...yes memang...!!
pokok durian kat depan umah aku tuh banyak kali dah aku cakap suwuh dia berbuah...mintak-mintaklah tahun depan berbuah kalau tak berbuah alamat makan cap kapak lah..!!haha

okeh memang dekat tempat kerja aku ada bela binatang ayam,binatang tupai,binatang burung..memang best kalau time bagi makan sebijik macam seorang ayah yang penyayang..binatang-binatang ni semua diasuh dan diberi pendedahan kepada pendidikan sex dan sebagainya..

okey one day sedang aku menunggang kereta cabuk aku tuh..tiba-tiba aku tengok seekor anjing kurap dalam keadaan bahaya main tengah-tengah jalan raya..aku dengan pantas berhenti di bahu jalan untuk melihat aksi merbahaya anak anjing tersebut..anak anjing itu kehilangan ibu bapa aku rasa kerana dari segi rupa dan keadaan fizikal dia sangat sedih..!!


okeh time tuh aku tengok kenderaan yang lalu lalang banyak dan anjing tuh masih lagi berada di tengah-tengah jalan raya..sebagai seorang yang (berhati taman)aku pon dengan pantas membuka baju dan memegang anak anjing nie dengan baju adidas aku..memang pengorbanan yang sangat besar aku lakukan kerana baju tuh original..anak anjing yang kecil itu aku selamatkan dan aku letak di tepi jalan.mungkin orang yang lalu lalang tuh cakap aku superman or ultraman punya pasal lah..kecah plak.!!haha
 sumpah aku cakap anjing tu jinak sangat-sangat..!!
time aku nak balek bila start saja enjin kereta..auuuk!! aukk!! aukk!! aukk!!..anak anjing tuh mengaum..aku tengok anjing ni dah anggap aku jadi superman sebab aku selamatkan dia..
so memandangkan anjing nie masih bayi dan anak yatim piatu aku pon rasa bersalah kalau tinggal dia berseorangan..jadi aku ambil binatang anjing ni dan letak dalam guni n then terus letak dalam kereta..
dalam hati aku cakap..ini semua kerja gila,...ini semua kerja gila..memang tak ada lagi orang melayu bawak anjing naik kereta..!!shit.

tak kesahlah yang penting niat aku untuk selamatkan anjing ni..
setibanya dirumah aku pon mengeluarkan anjing ini dari dalam kereta..masih baik si anak anjing nie sebab tak keluar dari guni.. aku pikir macam mana aku nak cakap kat mak aku tentang si anjing kurap nie..kalau aku lepas kesian plak dia dah lah kecil lagi mana pandai cari makan..kalau bagi dekat orang sapa yang nak anjing kurap macam tuh..

dalam 10 minit diluar rumah sambil melihat anjing tersebut..
mak aku pun datang..HANG BAWAK BALEK BINATANG APA PLAK NIE!!!!!!
bersambung........

Nota kecil: nama anak anjing aku tuh BLACKY.

salam abg deryck----->\m/

5 comments:

KoPi O LikaT said...

waalaikummusalam...tahniah22 pie..semoga beroleh rahmat dari Allah,,masih segar suatu cerita seorg pelacur wanita yg banyk berbuat dosa..akhirnya dijamin masuk syurga dgn hnya memberi makan pd seekor anjing..tgk..rahmat Ilahi tu maha luas...anjing ka babi ka..tu makhluk Allah...kita cuma haram dgn haiwan22 ni dlm keadaan tertentu..dn tiada pulak dlm Al-Quran yg menyebut haram kita menolongnya...jd sy amat berbangga dgn kamu...u my hero la man...hahah..wa caya sama lu...

Abg deryck said...

jangan puji lebih-lebih batal puasa aku nanty..:P

mizah salleh said...

wahhh..terharu aku baca....

KoPi O LikaT said...

abg deryck...nnt jgn lupa update sambungn dia...hahaha..xsabaq nk tau kesudahannya..

Abg deryck said...

okey2..i will with crying..