nuffnang

Tuesday 9 August 2011

Kesilapan orang utara semasa cakap kolumpoq..




Seringkali kita terserempak dengan orang-orang dari utara tanah air yang belajar di Ibukota yang cuba mentransformasikan diri menjadi orang Kolumpoql. Antara kesilapan yang kerap dibuat oleh mereka adalah ketika berbicara. Di sini aku nak memberi contoh kesilapan yang dibuat oleh mereka.

Ketika bertanya.
Hang nak gi mane tu Ali?
 
Ketika meminta pertolongan
Ko tolong katup pintu tu jap boleh tak?
 
Ketika marah
Kenape ko ni ketegaq sangat tanak dengar cakap orang.
 
Ketika digigit nyamuk
Sial betul la nyamuk ni ketit aku.

 
Ketika membeli air
Saye nak air nyoq sebungkus ye bang.

 
Ketika mempromosikan awek sendiri
Yang hot tu la marka aku la. lawa ke tak?

 
Ketika sendawa.
Maaf la, saye terbelahak tadi. Maklumlah tak puase.
Glosari:
Hang : kamu, awak
Katup : tutup
Ketegaq: degil
Ketit: gigit
Nyoq : kelapa
Marka : kekasih
Belahak : sendawa

Nota kecil:walau dimana pun kita berada banggalah dengan bahasa negeri masing-masing..hehe
 
 
salam abg deryck----->\m/


1 comment:

Cik Rara said...

haha sengal.. mmg kerap dok buat lagutu pon..