nuffnang

Sunday, 19 June 2011

Pantai cahaya bulan[PCB]

Pantai Cahaya Bulan
                    
             Pantai Cahaya Bulan merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Bandar kota bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakanPantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar british ketika dia di pantai ini pada masa Perang dunia kedua. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Ayuni Ibrahim(2008).
              Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok rhu dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Lewat ini kunjungan pelancong yang berkunjung ke PCB semakin berkurangan kerana keadaan pantai yang dahulunya lebar dan sesuai untuk aktiviti pantai kini telah mengalami proses hakisan.Keadaan ini telah menjadi satu isu dimana ianya memberi satu isu besar dalam pelancongan di negeri Kelantan.
sebelum berlaku hakisan
selepas berlaku hakisan

                Isu hakisan ini berlaku sememangnya secara semula jadi kerana kedudukan PCB sememangnya tededah dengan Laut China Selatan dan angin monsoon timur laut yang kuat pada bulan april hingga disember.Namun apa yang mengakibatkan aktifnya proses hakisan ini juga adalah apabila adanya pembinaan break water di Pengkalan Datu dan hal ini telah mengakibatkan pecahan ombak ke kawasan pantai PCB yang menghakis pantai disini.Kawasan Bachok adalah merupakan salah satu kawasan perikanan yang terbesar di negeri Kelantan,hal ini telah membawa kepada pembinaan break water supaya kawasan ini tidak mengalami banjir musiman yang teruk kerana kawasan ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.Namun mereka tidak sedar akan kesan hakisan yang berlaku di PCB yang mana kawasan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan pada masa dahulu.Pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan membina HDPE tetapi ianya tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya banjir musiman dan musnah dipukul ombak.Projek seterusnya BMS dilakukan selepas projek pertama tidak bejaya namun ianya juga turut musnah apabila tiba monsoon timur laut.Kini projek ketiga yang dilakukan iaitu mebina benteng daripada batu untuk menghalang daripada berlakunya hakisan yang lebih serius dan projek ini tampaknya lebih berkesan dan dapat mengurangkan hakisan pantai.
Keadaan fizikal
                 Keadaan PCB berlakunya hakisan yang sangat aktif dan ianya berlaku pada setiap masa dan kelebaran kawasan gigi air dengan tembok batu ialah (91kaki) dan kawasan paling minimum adalah (15kaki) manakala hamparan ombak ialah (7kali per minit).Kawasan ini telah mengalami hakisan sehingga mengakibatkan vegetasi menjadi kurang seperti pokok kelapa,pokok rhu dan tumbuhan-tumbuhan pantai yang musnah akibat proses hakisan yang berlaku sekian lama.
Infrastruktur
              Kemudahan yang disediakan di PCB untuk sektor pelancongan adalah seperti kemudahan resort dimana kini banyak telah musnah akibat proses hakisan yang berlaku dan kini jarak yang paling resort yang paling hampir dengan gigi air adalah (50kaki) dan ini menunjukkan potensi perlancongan di PCB amat kritikal.Kemudahan lain seperti tandas awam juga disediakan di kawasan pantai untuk pegunjung yang datang.Para pelancong juga boleh bermalam di chalet-chalet yang disediakan di kawasan ini.Kebanyakkan pelancong yang menginap di sini adalah daripada kalangan pelancong barat menurut sebuah buku yang bertajuk Gemilang Budaya(1996) yang membincangkan tentang kebudayaan,kesenian dan pelancongan Malaysia.Kemudahan lain seperti kedai makan disediakan yang mana menjual air kelapa muda serta makanan ringan untuk pengunjung yang datang menikmati keindahan pantai dikawasan ini.Kawasan parking kenderaan juga turut disediakan untuk memudahkan para pelancong ke PCB.

Aktiviti ekonomi
            Di pantai PCB ini juga terdapat aktiviti ekonomi lain yang menyumbang kepada tarikan pelancong ke kawasan ini apabila terdapatnya aktiviti pembuatan batik dan penjualan barangan kraftangan pada masa dahulunya dan kini tidak lagi terdapat aktivti ini disebabkan guna tanah yang kurang dikawasan ini dan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti ini.Pengusaha chalet juga mengambil peluang menjalankan aktiviti penginapan dan kawasan ini juga dahulunya merupakan kawasan Homestay dan ini meyumbang kepada pendapatan penduduk dimana pelancong yang ingin melakukan pelacongan Homestay di kediaman mereka.
Jaringan pengangkutan
              Kemudahan jaringan pegangkutan awam disediakan untuk sesiapa yang ingin mengunjungi PCB,dengan ini akan memudahkan pergerakan pelancong untuk kekawasan  ini sebagaimana bagi sesetengah pusat pelancongan ianya tidak menyediakan mod pengangkuta awam seperti bas dan lain-lain pengangkutan yang mana menyukarkan pelancong untuk ke kawasan ini dan ini menjurus kepada darjah ketersampaian yang tinggi untuk kekawasan ini.Dengan adanya jaringan pengangkutan yang mencukupi akan membawa kepada tarikan pelancong ke sesebuah kawasan pelancongan.


Kedudukan
             Kedudukan sesebuah kawasan pelancongan adalah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada tarikan pelancongan hal ini adalah kerana sesebuah kawasan yang strategik berpotensi untuk menjadi sebuah kawasan tarikan pelancongan sebagaimana PCB adalah merupakan pantai yang berhampiran dengan pusat Bandar,

Apabila sesebuah lokasi ini berhampiran pusat Bandar ianya akan memudahkan pergerakan pelancong ke kawasan ini,dan menjurus kepada pertambahan bilangan pelancong dan pergerakan pelancong ke PCB.
Potensi
            PCB adalah merupakan kawasan pantai yang terkenal dari segi nama dan juga dari segi lokasi,ianya adalah merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terkenal pada masa dulu dan kini kerana keindahan pantainya yang memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke kawasan ini malah ramai pelancong yang akan berkunjung semula untuk menikmati keindahan pantai yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong dari mula kawasan ini dibuka Ayuni Ibrahim(2008).Malah kedudukan PCB amat sesuai dari segi kesesuaian untuk pelancongan dan ianya juga berdekatan dengan pusat Bandar.Bagi masa akan datang potensi PCB untuk menjadi kawasan tarikan pelancongan adalah tidak dapat dijangkakan berikutan isu hakisan yang sentiasa berlaku.Pihak kerajaan perlulah membuat pemantauan dan mencari langkah yang lebih efisien dalam menanggani isu hakisan yang semakin giat berlaku supaya keadaan pantai ini dapat dijadikan kawasan tarikan pelancongan.
Cabaran
             Melihat dalam kontek cabaran bagi PCB ianya merupakan kawasan yang memerlukan kos yang tinggi untuk memulihkan kawasan ini daripada isu hakisan kerana proses hakisan ini berlaku dengan aktif yang mana telah memusnahkan banyak kawasan pantai.Tindakan yang lambat telah mengakibatkan banyak kawasan gunatanah telah musnah dihakis ombak.Dari segi kewangan juga ianya merupakan satu cabaran kerana konflik diantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang mana menyebabkan tindakan pengawasan lambat diambil sehinggakan kemusnahan pantai yang serius berlaku.Isu pencemaran pantai juga merupakan salah satu cabaran dalam kontek aktiviti pelancongan kerana apa yang terjadi di PCB ialah banyak sampah sarap yang dibuang ke dalam laut seperti botol,plastik serta bahan-bahan lain yang boleh menjadi punca terjejasnya keindahan pantai.Para pelancong tidak mempunyai kesedaran sivik untuk sama-sama menjaga keindahan pantai ini supaya ianya sentiasa berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan di negeri Kelantan walaupun terdapatnya tong-tong sampah yang disediakan.Dari segi keselamatan di PCB ianya merupakan kawasan yang tidak lagi selamat untuk aktiviti mandi manda kerana keadaan pantai yang semakin curam dan pukulan ombak yang kuat dan tidak menentu keadaan ini berbahaya kepada pelancong.Walaupun adanya pengawal keselamatan namun ianya masih kurang dan keadaan ini tidak selamat kepada pelancong yang ramai.Cabaran dari segi gunatanah yang kurang juga menjadi isu untuk membangunkan kawasan ini kerana banyak kawasan telah mengalami isu hakisan dan banyak resort-resort terpaksa di pindahkan sehinggakan kawasan petempatan penduduk juga terpaksa dipindahkan unutk membina sesebuah infrastruktur di kawasan ini.Cabaran ini menjadi isu dalam menjadikan PCB sebagai pusat perlancongan yang dapat bertahan pada masa akan datang namun jika adanya kesatuan dari semua pihak cabaran –cabaran ini dapat diatasi dan akan menjadikan PCB sebagai pusat pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah destinasi pelancongan.

bereh boh.....cerita budak geografi UM
hasil nukilan abg deryck..tak da tiru sapa-sapa okeh.
salam abg deryck------>\m/



Sunday, 12 June 2011

fieldwork 2011


hoit assalamualaikum..
u all semua hope baek-baek saja..
sorry lah x dak masa nak update sebab hari tuh 28/5/11 aku pi kelantan maklumlah buat kajian lampangan disana..so nak story lah sikit pasal gua punya fieldwork nie..
wah first sampai kelantan dah termuntah-muntah dalam bus..cilaka lama x naik bus sumpah mabuk..haha

okeh dah puas mabuk sampai lah dekat sekolah menengah sains tengku muhammad faris petra..
nama saja sekolah sains tapi dia punya tandas dan class macam sekolah pemulihan akhlak..adehh~
tak kisahlah..

hari pertama lawatan ke bandar kota bharu(mengkaji isu alam sekitar dan manusia)
habis satu kota bharu kami jelajah..sampai orang naik risau tengok kami..hehe
hari kedua kami ke pantai cahaya bulan(mengkaji hakisan pantai proses dan kesan serta kaintannya dengan aktiviti pelancongan)kesian tengok tempat nie dah x macam pantai semua terhakis..ish2..kuasa Allah..
pantai sabak pon sama..lagi teruk..semua nie akibat daripada perubahan fizikal yang dilakukan oleh manusia sendiri bina break waterlah apa benda alah lah...geram jugak ak..

okeh hari ketiga lawatan ke Unit perancangan ekonomi negeri..
kat sini yang paling best...gua tanya satu satu soalan dekat wakil (UPEN) tergagap-gagap nak jawab pas tuh cerita merepek-repek...so disini kami tidak memalukan pihak UM lah..maruah budak-budak UM dapat dijaga..cewahh..
lepas tuh pi Bandar baru tunjung(lihat isu pembangunan bandar baru dan guna tanah)
hari keempat (kajian adapatasi banjir bagi masyarakat kota bharu)kena soal selidik,ukur sana ukur sini..penat gak ahh..but still cute..haha
hari keempat..
lawatan ke tesco kotabharu..kat sini kami lihat isu pembangunan di kawasan dataran banjir dan isu penambakan yang memberi kesan kepada penduduk kampung lembah sireh..
hari kelima...(mengkaji sosioekonomi di pasar siti khatijah berikutan kewujudan pasaraya besar tesco)kat sini bukan kaji sangat...shopping ja lebih..hehe..beli kain batik n kain pelikat dekat my mom n dad..=)

hari keenam kami membuat lawatan ke pantai tok bali...mak oiii jatuh cinta boh dekat pantai nie..cantek gile..!!pas tuh pergi pantai bisikan bayu..snap pic sampai full memory kad..adehh..
hari ketujuh sesi pebentangan..apa yang sempoi..kire group kami the best ever lah..sampai DR kami cakap dia x penah lagi bawak student yang terbaik macam group kami...syabas sahabat-sahabat sume..,miss u..peace..
apa-apa pon ak tetap rindu korang..take care..hope kamu baik-baik saja..


salam abg deryck----->\m/

Monday, 23 May 2011

selamat hari cikgu




hyep assalamualaikum..=)
 (senyum sampai telinga)

selamat hari cikgu diucApkan kepada semua cikgu-cikgu tanpa anda siapalah kami...aiceh.!!
sayang semua cikgu-cikgu aku..dari sekolah tadika sampai ke sekolah menengah...
yang aku confius lecture tuh cikgu jugak ka???
ish~mcm nie gua kena buat satu hari lain...
selamat hari lecture!!!

okeh nak story sikit..baru-baru nie kami punya geng telah menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti..
haru biru jadinya kalau budak-budak nie balek..
cikgu-cikgu semua gerenty senyum sampai telinga tengok kami datang...heee~~
ish biasa lah badge terbaek kat sekolah penanti katakan..
6ATAS 2 sapa ketua tingkatan..cewahhh!!
sapa pemain bola sepak..
lu pikir lah sendiri..

nak cita yang geng-geng kami dah buat satu suprise dekat cikgu-cikgu tercinta..


nie haa bawak kek bagi kat cikgu-cikgu..hee..
so apa lagi berborak-borak lah dengan cikgu-cikgu..cerita itu cerita sana,gossip sini gossip sana..
pusing-pusing satu sekolah..ish berjalan jep mesty budak-budak pandang tu yang susah tuh...
kadang-kadang terpikir jugak..hensem ke aku nie semua orang pandang jew...wahahahahahaa...

okeh dah malas nak merepek lagi...
hope cikgu-cikgu tersayang..kami semua sayang cikgu..
jasa cikgu amat kami hargai..
doakan anak-anak muridmu berjaya..hope cikgu-cikgu sekalian menjadi guru yang cemerlang..amin~



salam abg deryck------>\m/

Sunday, 22 May 2011

cuti aku cuti kamu juga..\m/



assalamualaikum 
apa cer orang-orang di sana...
hope sihat-sihat...

gua nak bagi taw yang gua dah berjaya naik kan berat  badan ke tahap yang paling world record iaitu seberat 58kg jep..!!
lantak lah janji tu dah paling berat lah..hee~
lebih kurang cam nie lah jugak!!..hahahahaa



okeh nak story lah sikit kat u all aktiviti sepanjang  aku cuti nieyh..

6 pagi---->arhhh bagun dengan perasaan baloq liat..dah kena bising selalu lambat bangun subuh..!!

7pagi----->riuh rendah suara my anak-anak sedara sebanyak 8 orang mengerumun...grrr~kacau ak tidoQ.

7 tiga suku->hantar si budak-budak p sekolah.(sambil nasihat beljar rajin-rajin taw)
 budak-budak tu pon cakap bek uncle!!

8 pagi---->bajet nak landing atas katil aku yang paling beso tuh..mak gua akan say:abg hang tolong 
pI kedai kat mak beli sayur dengan ikan lepas tuh jangan nak tidoq p cangkul rumput belakang rumah jangan nak tidoq!!! macam mana rezeki nak masuk..(kena ayat tuh gerenty aku insaf).

12tgah hari---->nak kena pi amek budak-budak senget 3 orang tuh kat sekolah tadika..

1petang----->time aku memuaskan nafsu makan.

2petang------>okeh gua kena gerak pergi kerja..mula lah tengok spanar,minyak hitam dan macam-macam 
gua dah jadi sebijik macam anak hindu sekarang..keje tengah panas.
apa ada hal janji aku mencari rezeki yang halal..keh3.

9malam----->mandi-mandi...lepas tu makan nasi dengan gelojoh..

10malam---->geng jum keluar lepak..jap tengok bola,jap lepak pantai,jap join mat rempit..bagai lah aktiviti.

12tengah malamm------>balek jep...mak aku akan cakap....:hang nie taw merayau ja esok nak bangun penyegan!!im sorry~~~~ dah masuk bilik oh my katil ur my girlfriend..!!

tu lah kerja aku hari-hari..=)
korang semua cari lah life yang best-best sikit taw..
buat lah apa-apa pon yang penting tak kacau sesape..


salam abg deryck----->\m/

Friday, 13 May 2011

balek kampung yok..^_^

assalamualaikum..
ceh baru balek dari jumpa my geng..
meleleh-leleh ayaq mata bukan sebab ape...
gua nak balik kampung..

yeahh..!!
perasaan excited..tapi nak jugak emo dan tacing..
orang kalau dah dapat balik kampung mesty happy kan...
meh time aku nek sodih plak bila tinggalkan my best partner etcetera geng...
memang korang the best ever lah..

buat sahabat-sahabat seperjuangan di UM..
 korang yang aku SAYANG hope korang baik-baik saja..*ayat kak gumok pinjam sat taw.=)
next sem jumpe lagi bercumbu semula okeh...keh3.

harap pulang dengan keadaan sihat datang semula pon sihat-sihat jep~
tak pa kalau korang rindu aku..aku mesej korang..
kalau dah balek ke tempat sendiri nieyh hope korang semua gunakan kesempatan tuh untuk puaskan nafsu korang bersama keluarga tersayang dan satu lagi jumpa lah sahabat handai yang pulang dari perantauan..
mesty diorg pon rindukan korang...

hah macam aku nieyh belum balek lagi dah budak-budak excited nak buat reunion..dont worry abg deryck mesty join...miss u all...
nanty jarang lah nak update blog sebab gua kena kerja...
selalu kalau cuti mesty p cari kerja...kalau dak mak gua bising lah..besalah anak laki-laki dia nak suwuh beljar jadi bapak orang lah tuh.keh3..tak lupa jugak dapat gaji jangan plak nak bershopping...bagi lah 2-3rat dekat mak bapak...kesian dorang...memang diorang tak mintak tapi sendiri paham lah der...

my beloved village..<3

okeh korang-korang jaga diri baik..
jangan nakal-nakal...
moga kita bejumpa lagi...=)miss u ketat pluS+~ xoxo..


salam abg deryck------> \m/

Tuesday, 10 May 2011

cerita TACING budak UM..

assalamulaikum...
hari nie ak baca blog kak salmah...
wah mula-mula pikir apa mood jiwang minah ni nak mengarut...
lastly dia cita pasal sahabat...
aduh serius ak tertacing dengan ayat tuh...

walaupun ak x habis beljar lagi dan masih panjang perjalanan aku dalam mencari ilmu tapi aku dapat rasa tempias dan bahang apabila berlakunya perpisahan antara sahabat...
betul kata kak salmah kawan kat mana-mana boleh cari tapi sahabat bukan mudah nak cari...

aku memamg banyak kawan tapi nak cari seorang yang bernama sahabat nie agak susah...
kenangan bersama waktu belajar,gaduh-gaduh manja,kenangan pahit,kenagan manis...
nak p mana-mana pon sekali...so kat sini aku dapat rasa mesty bila dah berpisah susah nak jumpa dan kadangkala sunyi sebab tak dak lagi tempat unutk luah perasaan,story pasal cinta,story pasal komik...ye dak kak salmah...

masing-masing dah jauh...
tapi tak kesah lah apa-apa pun yang aku tacing kat sini aku pon nanti akan berpisah jugak dengan sahabat-sahabat aku...so aku akan make sure aku happy beljar dekat UM dan enjoy sepuas-puasnya dengan apa yang aku lalui sekarang...walaupun aku tak habis beljar lagi aku nanges-nanges dah nie...
ish awat yang hati taman sangat tah...

aku harap kak salmah dan kawan-kawan yang ala-ala gangster yakuza akan terus bersahabat walaupun jauh kat mana sekali pon...jangan nanti dah dapat kawan baru sahabat dilupakan...
selalunya manusia akan jadi macam tuh...tapi aku taw mereka-mereka nie boleh meneruskan persahabatan sesama mereka....

pic curi dari blog kak mok..=)

so akhir kata dari abg deryck..wa rindu sama kak gemok(my sister senget) dan kawan-kawannya yang(cool)..
hope u all doa-doakan adikmu berjaya okeh..
moga berjaya dalam alam pekerjaan taw...
kalau nak sambung belajar make sure p JEPUN saja...
jepun the best place...nanti kalau pakai kimono tunjuk gambar...keh3..

teman akan memberimu senyuman
tapi seorang sahabat akan memberi mu kebahagiaan

teman akan memberimu setangkai mawar
tetapi sahabat memberikanmu rangkai melati

teman akan menikammu dari belakang
tetapi sahabat menampar mu dari depan..

teman akan menceritakan yang tidak benar tentang dirimu
tetapi sahabat akan tutup mulut tentang kesalahan mu

teman hanya menerima kelebihan mu
tetapi sahabat akan menerima kekuranganmu

1000 teman datang saat kamu tertawa
tetapi seorang sahabat akan datang di saat kamu berderai air mata..

so cari lah sahabat yang setia bukan kawan yang setia.~~


okeh dah sedih tacing bagai orait salam rindu dari abg deryck...BEST OF SETSUKO!!
hope bertemu lagi...sob3.~~



salam abg deryck------>\m/

Saturday, 7 May 2011

music life part 1



Gud mowning,gud afternoon dan selmat malam...
kepada reader dan kasi stalker yang dikasihi hari ini gue nak stodry about music..*ceh mesty seronok kan..

Music kalau korang nak tawu gua dari kecik-kecik dah layan music..
masa dok tengah hisap puting..mak aku akan nyayi lagu-lagu saloma lah semua tuh....aku pon angguk lah kepala...tapi kalau time mak aku nyayi lagu sedih aku nanges lah...---->(padahal dia nak pujuk aku suwuh diam)..

setelah ak pon dah besar sikit dalam umur 6 tahun aku layan lagi music...wa cakap sama lu x penah stop...masa ni layan lagu rancak sikit..."tepuk amai-amai belalang kupu-kupu adik jangan nanges nanty mak upah susu" hah macam tuh lah aku menyayi...(comel kan3)..

pas tuh dah agak besar sikit masuk sekolah rendah...
dah x boleh layan music..time ni kena layan nasyid lah plak...
nak buat macam mana kan dah suara merdu mesty lah cikgu suwuh aku jadi ketua..so banyak lah kiteorang menang time tuh...seingat aku lagu *hijjaz fatamorgana"...menang satu penang woo..=)
bukan takat nasyid tilawah,hafazan semua aku yang kena...mybe sebab aku masa time tuh pakai kopiah...bab-bab ni semua diorang bagi kat aku...aku bedal jela janji dapat hadiah...hehe

hah time dah beso lain jadiknya...masuk sekolah menengah cikgu suwuh bantai aku masuk nasyid aku dah x mau...kawan-kawan aku lah ni suka mengajar...jiwa muda bhai mesty lah tak mau dah jadi macam tuh..
cikgu sampai tension..lantak lah,..time nih aku layan rock kapak...hahha
senget gak kalau layan lagu-lagu nieyh..kalau cikgu tak dak gerenty memekak dalam class...semua time tuh akan tulis lirik lagu dalam buku sekolah...aku dah banyak kali kantoi...
cikgu tarik telinga sampai capang telinga aku...semua salah cikgu lah ni...grrr~~

masa form 3 nieyh...aku dah kurang sikit layan kapak mengapak nieyh..aku layan lagu ala-ala pop rock plak..hehe..maklumlah dah besoo..masa nieyh jugak lah aku layan guitar...

lebih kurang macam ni lah ropanya...

masa ni nak beljar maen guitar susah bebenor..nak beljar pegang chord lagi...nak beljar scrumming lagi...
masa nieyh nak khatam lagu keluang man pon tergagap2..hehe

okeh masa aku time form 6 nak dijadikan cerita ada satu sesi uji bakat idola P Ramlee dekat penang...so cikgu sedang mencari lah sapa yang nak masuk...aku time tuh masuk bukan apa saja nak tunjuk hero dekat sorang minah ni...hahaha

CIK BLURR JANGAN GELAK AKU TAW HANG KENAI MINAH NIE..~~

okeh masa time nieyh semua kena menyayi lagu P Ramlee...aku pon balek practice lah kat umah siap beli cd karaoke lagi...lagu *jangan tinggal daku"aku ingat lagi...hahaha
aku pon beljar lah buat suara mcm P Ramlee sebijik katak gak jadinya...keh3...

so masa time uji bakat nieyh dekat auditorium P ramlee dekat penang...gila cuak time nieyh ramai gila orang...wah aku dah banyak kali kencing time tuh..dah lah yang jadi juri semua orang0orang yang berlakon lah apa semua..

time nak reheasal lah katakan tiba-tiba cd untuk lagu "jangan tinggal daku tuh diorg tak ada"dalam hati aku menyumpah bagai dah...dah lah tinggal lagi setengah jam..so diorg cakap kena tukar lagu...
aku pilih lagu "jeritan batinku"mak oii mati aku...so merayau lah cari lirik...dah lah penah dengar sikit-sikit ja...nak kena feeling lagi...dalam hati aku cakap kalau aku kencing atas pentas mintak-mintak lah tak masuk television..
so tiba time aku...aku pon nyayi lah ramai orang tengok...aku nyayi tengok muka juri je..muka audien aku sikit tak...
dah selesai diorg cakap keputusan dalam masa seminggu ..kalau dapat kena datang KL..
aku time tuh dah abis semua tak pikir lagi pasal benda-benda alah ni..
so satu hari nie ak tengah tdo...dapat satu panggilan...
maklumlah tengah mamai time tuh...sorg mamat mana tah call aku cakap "cik berjaya dalam ujibakat"so yang aku tengah mamai nie teros sound saya x penah masuk uji bakat n then aku terus letak..senget gak time tuh...lepas bangun tdo aku check-check balek aduhh macam mana aku boleh sound mamat tuh...akud apat lah kalau macam tuh...{hebat kan}..
pas tuh bagi taw abah aku...sekali dia cakap "tak payah nak gatai-gatai...hang masuk nasyid lagi baguih"..mak aku plak.:'"abg hang tak payah lah nak p jauh-jauh mak risau" so aku pon buat muka tenuk..


okeh weh nak p library dulu,..nanti aku sambung story.....

salam abg deryck------>\m/